Sunday, 9 November 2014

Taman Layang-Layang

Ahad lepas, akhirnya saya berpeluang pergi ke Taman Layang-Layang di Kepong bersama anak dan isteri saya. Dua minggu sebelum ni saya pernah cuba untuk pergi ke sini, tapi disebabkan ketiadaan parking, saya terpaksa membatalkan hasrat itu dan sebaliknya pergi ke Tasik Titiwangsa. Anda boleh tengok keadaan parking di Taman Layang-Layang di bawah.

\

Jadi kalau anda berhasrat untuk datang ke sini, sila datang awal. Saya datang dalam pukul 4 petang, parking sudah pun penuh dan sesak dengan kereta. 

Taman Layang-Layang ni merupakan taman rekriasi terbesar di Kuala Lumpur. Mengikut sumber dari Google taman ini seluas 90 hektar. Taman ini dilengkapi dengan trek jogging, trek basikal, permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi.


 Layang-layang ada banyak dijual di sini jika anda mahu bermain layang-layang. Saya sendiri tidak beli sebab saya tidak berniat untuk datang bermain layang-layang. Saya cuma mahu berjalan-jalan sambil ambil gambar sahaja. 




Saya ingat mahu duduk di sini lama sikit, tapi dalam pukul 5.30 petang, guruh berbunyi dan langit mulai gelap, jadi saya buat keputusan untuk pulang awal. Taman Layang-Layang ni merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Lain kali jika ada masa, saya pasti akan datang lagi. 


No comments:

Post a Comment