Tuesday, 25 November 2014

Kamera Idaman - Fujifilm X-T1


Satu lagi kamera idaman saya, Fujifilm X-T1. Fujifilm ni sekarang dah teramat popular di kalangan peminat-peminat fotografi. Ada fotografer yang pakai full frame kamera pun dah beralih angin ke sistem Fuji X. Minggu lepas semasa saya berjalan-jalan di sebuah kedai kamera di Low Yatt pun, ada sorang pak cik ni nak trade in Nikon D7000 dia dengan Fuji X-T1. 

Fujifilm X-T1 dilengkapi dengan sensor 16 Megapixel X-Trans CMOS II dan Processor EXR II. Body X-T1 ni weather-sealed, jadi memang sesuai untuk travel dan semua keadaan cuaca seperti salji dan hujan. Kata Fuji, autofocus X-T1 adalah yang terpantas di dunia tapi saya tak tahu betul ke tidak, yang pasti, autofocus dia memnag pantas dan tepat ketika saya mencuba kamera ni di kedai.
Design X-T1 juga menggunakan tema retro, macam kamera filem zaman-zaman dulu, mengembalikan nostalgia kepada peminat otai-otai fotografi.

Imej yang dihasilkan oleh kamera ni memang superb, terutama jika digandingkan dengan lensa Fuji XF 56mm F1.2. Anda boleh tengok contoh-contoh gambar Fuji X-T1 di Flickr dan di website Fujifilm sendiri, http://www.fujifilm.com.my/ . Oh lupa nak bagitahu, kamera ni merupakan sebuah kamera mirroless, bukan DSLR ya.

InsyaAllah, satu masa nanti saya akan dapatkan kamera ni. Jadi sekarang masa untuk menabung. Hihi.

No comments:

Post a Comment