Sekitar tahun 2009, saya start mengumpul majalah-majalah National Geographic. Dalam majalah National Geographic, ada iklan seperti dibawah.
Honestly walaupun iklan ni sangat simple, tapi sangat menarik perhatian saya. Masa ni saya dah start study pasal Canon, tapi saya tidak ada sebab yang kukuh unuk jump ship dari Sony ke Canon, sebab Sony pun sebuah kamera yang bagus.
Tahun 2011, saya menonton satu filem Melayu di youtube (yes, youtube sebab nak cari DVD filem ni sangatlah susah), iaitu The Red Kebaya lakonan Vanida Imran, Ramli Hassan(He's my favorite actor), dan mat salih bernama Bob Mercer.
Dalam filem ni, Ramli Hassan membawa watak seorang photographer dan dia menggunakan kamera Canon (tapi saya tak pasti model yang mana). Saya jatuh cinta dengan filem ni dan saya tengok Ramli Hassan nampak sangat cool masa pegang kamera tersebut, hihi.
Tahun 2012 dan 2013 saya jarang pegang kamera (Busy dengan kerja. kawin, blabla).... Tambahan pula saya tak ada geng nak shoot gambar.
2014, saya mula aktif balik dalam photography, dan saya mula terfikir untuk upgrade Sony a200 yang sudah lama saya gunakan. Memandangkan saya sudah ada dua lens mount Sony iaitu Tamron 18-200mm, dan Sony 50mm, saya terus target untuk membeli Sony DSLT a77.
Saya pun start survey Sony a77, sekali saya dapat tahu Sony a77 sudah discontinued dan diganti dengan Sony a77 mark II. Dan harganya, RM3999 body sahaja. Sedang-sedang survey, saya terfikir sesuatu. Yes Sony memang kamera yang bagus. Cuma, saya terfikir masalah yang bakal saya hadapi bila menggunakan Sony. Contohnya, Sony punya accessories seperti flash, battery, battery grip sangat sukar didapati dan harganya agak mahal. Kalau di Kuala Lumpur, tak susah mana nak cari, tapi kalau di tempat lain, sangat sukar. Pernah terjadi dulu masa flash saya rosak, kawan saya minta shoot gambar wedding dia di Kelantan. Saya cari merata tempat di Kota Bharu untuk beli flash Sony tapi tak jumpa. Last-last saya beli pop up flash diffuser(gambar dibawah) dan guna pop up flash yang ada pada kamera sahaja.
Diffuser ni adalah diffuser untuk Canon, tak boleh masuk dengan Sony. Jadi, saya terpaksa guna double tape untuk lekatkan diffuser ni pada camera.
Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan Sony, saya membuat keputusan untuk membeli Canon. Dan target saya Canon EOS60D sebab sangat murah. Harga body dalam RM1800 sahaja.
Bajet yang lain bolehlah saya guna untuk beli lens, flash dan sebagainya.
Canon memang tak dapat dinafikan sebuah kamera yang bagus. Accessory untuk Canon juga semua tempat ada. 3 bulan lepas semasa saya pergi ke Melaka, kedai yang kecil-kecil juga ada jual flash dan accessories canon yang lain.
Jadi saya membuat keputusan untuk membeli Canon EOS 60D. Bila saya pergi ke kedai, tuan kedai itu offer saya tawaran harga yang menarik untuk Canon EOS 70D, iaitu kamera yang lebih baru dan lebih banyak features berbanding dengan 60D. Akhirnya, setelah berfikir panjang, saya membeli Canon EOS70D dengan lens Sigma 17-50mm, dengan battery grip sekali. Flash pula saya beli di kedai berasingan sebab kedai tu tak jual flash original Canon. Yang ada cuma 3rd party jenama Meike. 3rd party flash bukanlah tidak bagus, ada flash 3rd party yang bagus seperti Nissin, Metz, Sunpak dan sebagainya. Cuma saya lebih suka flash original, dan saya mahu guna untuk jangka masa panjang, eloklah saya membeli yang original.
Jadi inilah kamera yang saya gunakan sekarang. Setakat ini saya berpuas hati dengan kamera ini. Cuma selepas ini saya perlu beli prime lens untuk tambah koleksi. Sony a200 pula saya masih gunakan sebagai back up dan untuk berjalan-jalan, Sekian.
No comments:
Post a Comment