Ahad
26 October 2014
Selalunya kalau ada wedding job, saya cuma pergi seorang sahaja. Tapi kali ni, saya pergi bersama-sama kawan saya, Is. Is seorang fotografer yang jarang buat wedding job, tapi lebih fokus kepada fotografi kanak-kanak. Kami bertolak dari Tesco Ampang ke destinasi majlis di masjid Al-khairiyah Taman Sri Gombak pada pukul 9 pagi. Sampai di sana, kami disambut oleh bapa pengantin yang sangat mesra.
Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak
Majlis akad nikah bermula agak lewat dari jadual iaitu jam 10:30 pagi. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri. Alhamdulillah majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar.
Selesai majlis akad nikah dalam pukul 11:30, kami berehat seketika sementara menunggu majlis persandingan yang berlangsung selepas solat Zohor.
Dalam jam 2 petang, majlis persandingan bermula di tempat yang sama. Berikut adalah antara gambar-gambar majlis.
Selesai majlis, kami ingin terus pergi ke tempat outdoor session, tetapi malangnya cuaca tidak mengizinkan kerana hujan turun dengan lebat. Jadi kami membuat keputusan untuk makan dahulu sementara menunggu hujan berhenti.
Jam 4 petang hujan berhenti, kami terus ke taman tasik yang terletak hanya berhadapan dengan masjid untuk outdoor session.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kerja kami selesai lebih kurang jam 5 petang dan kami terus balik. Selepas ni masa untuk mengedit gambar pula.
No comments:
Post a Comment