Kamera feveret saya. Selepas 7 tahun bersama, kamera ini masih memberikan saya imej yang berkualiti. Cuma tang low light dia agak kalah, tapi,hey, ini kan kamera entry level. Kena pula kamera ni sudah lama sudah tentu kalah dengan kamera baru yang handle better low light.
Kamera ni saya gandingkan dengan lensa Sony 50mm F1.8 SAM, lensa yang saya selalu bawa ke mana-mana. Lensa ni ada sedikit kelemahan, iaitu selalu hunting masa cari fokus, terutama pada F1.8. Bagaimanapun, bila lensa ini dapat fokus dengan betul, hasilnya memang superb. Siapa yang pakai Sony, saya cadangkan anda beli lensa ini untuk hasil yang lebih baik berbanding kit lens anda.
No comments:
Post a Comment