Anda tengah survey-survey dekat tentang DSLR mana yang bagus sebagai DSLR pertama? Pening kepala sebab blog ni cakap Canon, blog sana cakap Nikon? Belum lagi member-member racun suruh beli kamera pilihan diorang ye dak. Jangan risau, banyak tips membeli DSLR pertama yang ada boleh rujuk dari blog photography. Muzium Foto Hadi salah satu daripadanya hahah.
1. Tengok bajet anda. Survey harga camera di kedai-kedai atau di laman web. Saya cadangkan antara website yang ada boleh pergi adalah :
http://shashinki.com/shop/
http://www.miyamondo.com.my/store/home.php
atau
http://www.lazada.com.my/
Survey DSLR yang sesuai dengan bajet anda. Bagaimanapun, untuk permulaan, saya cadangkan pilih entry level DSLR dahulu, kemudian berlatih sampai mahir baru upgrade. Bukan apa, karang terus beli camera yang canggih lepas tu tak reti pakai then jual balik. Dah rugi. Melainkan anda memang sudah tahu teknik-teknik fotografi cuma belum ada DSLR saja tak apa. Kalau knowledge "zero" better beli entry level dahulu. Ada duit lebih boleh guna untuk beli lens dan flash.
2. Selalunya orang pening nak pilih DSLR sebab debate Nikon vs Canon yang tak habis-habis. Jadi saya nak bagitahu kamu satu rahsia : SEMUA DSLR ADALAH BAGUS. Tak kira Canon, Nikon, Sony, Pentax, Olympus semuanya bagus. Orang yang cakap camera Canon atau Nikon saja bagus tu sebab dia tak pandai guna camera. Apa yang membezakan brand-brand camera ni cuma jumlah jenis lens dan accessories. Untuk itu, saya cadangkan, anda pergi kedai camera, anda pegang, test shoot, dan jilat(gurau saja) kamera tersebut. Yang mana anda rasa paling best pegang, yang itu patut jadi pilihan anda.
P/S : Walaupun tadi saya cakap semua kamera bagus, tapi saya cadangkan beli DSLR yang ada banyak pilihan lens seperti Nikon, Canon atau Sony. Kamera lain juga boleh cuma anda akan menghadapi sedikit masalah untuk membeli lens kemudian hari.
3. Antara cadangan pilihan kamera untuk dibeli :
CANON EOS 1200D
NIKON D3200
SONY SLT A58
Selepas beli, jangan lupa baca manual kamera anda. Saya dulu beli tak baca manual, dah bertahun beli baru baca, dan baru tahu ada banyak features-features yang saya tak pernah guna. Jadi, itu saja tips untuk kali ini, jika ada pertanyaan boleh komen kat bawah atau boleh direct contact saya. :D. Next tips : Membeli lensa pertama selepas lensa kit.
Adios.
No comments:
Post a Comment