Baru-baru ini saya berkunjung ke kedai J ONE Camera di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk "Test Drive" kamera Fujifilm. Saya pergi ke sana selepas saya melihat iklan ini di Facebook Page Fujifilm Malaysia.
Mungkin kerana sudah lewat petang, saya cuma sempat mencuba kamera Fuji X-M1. Fuji X-M1 ini sudah lama dilancarkan di Malaysia, kalau tidak silap saya pada tahun 2013 lagi. Kata brader kat atas tu (saya lupa nama beliau) Fuji X-M1 menggunakan sensor yang sama dengan Fuji X-T1, iaitu 16MP X-Trans CMOS. Jadi kualiti imej yang dihasilkan sudah tentu terbaik memandangkan sensor ini mendapat pujian dari peminat-peminat fotografi.
Berikut adalah antara spec Fuji X-M1.
• 16MP X-Trans CMOS
• EXR Proccessor II
• ISO 200-6400, dan boleh expand sehingga 25600.
• 5.6fps continuous shooting
• 1920x1080P Full HD Movie Recording
• Focus Peaking
• 3.2inch tilt screen LCD
Fuji X-M1 didatangkan dengan 3 warna iaitu coklat, hitam dan perak.
Design body X-M1 ini masih mengekalkan ciri retro, dan grip kamera ini sangat selesa pada tangan saya. Butang dan dials yang ada pada kamera ini juga sangat selesa. Dan yang penting kamera ini sangatlah ringan, sesuai dibawa ke mana-mana berbanding DSLR yang super berat.
Cuma satu saja kelemahan kamera ini iaitu tiada viewfinder. Maknanya anda harus bergantung sepenuhnya pada LCD skrin sama seperti kamera digital point & shoot. Tetapi untuk beginner yang baru nak berjinak dengan fotografi, ianya lebih menyenangkan kerana mereka sudah biasa guna kamera point & shoot atau kamera telefon pintar.
Siapa yang mahu cuba "test drive" kamera Fuji X-M1 ini bolehlah berkunjung ke outlet yang ditunjukkan pada iklan di atas. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment