Thursday, 27 November 2014

10 Months Old 'Aisy Amzar


Fuji X-M1



Baru-baru ini saya berkunjung ke kedai J ONE Camera di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk "Test Drive" kamera Fujifilm. Saya pergi ke sana selepas saya melihat iklan ini di Facebook Page Fujifilm Malaysia.


Mungkin kerana sudah lewat petang, saya cuma sempat mencuba kamera Fuji X-M1. Fuji X-M1 ini sudah lama dilancarkan di Malaysia, kalau tidak silap saya pada tahun 2013 lagi. Kata brader kat atas tu (saya lupa nama beliau) Fuji X-M1 menggunakan sensor yang sama dengan Fuji X-T1, iaitu 16MP X-Trans CMOS. Jadi kualiti imej yang dihasilkan sudah tentu terbaik memandangkan sensor ini mendapat pujian dari peminat-peminat fotografi. 

Berikut adalah antara spec Fuji X-M1.

• 16MP X-Trans CMOS
• EXR Proccessor II
• ISO 200-6400, dan boleh expand sehingga 25600.
• 5.6fps continuous shooting
• 1920x1080P Full HD Movie Recording
• Focus Peaking
• 3.2inch tilt screen LCD 

Fuji X-M1 didatangkan dengan 3 warna iaitu coklat, hitam dan perak. 

Design body X-M1 ini masih mengekalkan ciri retro, dan grip kamera ini sangat selesa pada tangan saya. Butang dan dials yang ada pada kamera ini juga sangat selesa. Dan yang penting kamera ini sangatlah ringan, sesuai dibawa ke mana-mana berbanding DSLR yang super berat. 

Cuma satu saja kelemahan kamera ini iaitu tiada viewfinder. Maknanya anda harus bergantung sepenuhnya pada LCD skrin sama seperti kamera digital point & shoot. Tetapi untuk beginner yang baru nak berjinak dengan fotografi, ianya lebih menyenangkan kerana mereka sudah biasa guna kamera point & shoot atau kamera telefon pintar. 

Siapa yang mahu cuba "test drive" kamera Fuji X-M1 ini bolehlah berkunjung ke outlet yang ditunjukkan pada iklan di atas. Selamat mencuba. 


Wednesday, 26 November 2014

Kamera Saya


Gambar di atas merupakan apa kamera dan peralatan yang saya guna setakat ni. Biasanya bila ada assignment untuk fotografi ini yang saya bawa dalam beg kamera saya. Maaf gambar agak pecah kerana saya ambil menggunakan kamera handphone.

1. Canon EOS70D
    Kamera utama saya terutama untuk job-job berbayar. 

2. Lensa Sigma 17-50mm
    Lensa ini merupakan lensa zoom yang terbaik pernah saya guna. Sesuai untuk semua keadaan.

3. Canon Speedlite 430EX II
    Biasanya untuk job berbayar saya pasti akan bawa flash ni. Sangat berguna ketika low light.

4. Meike Battery Grip untuk Canon 70D
    Untuk grip yang lebih selesa dan juga untuk bateri tambahan.

5. Sony a200
    Sebagai back-up kamera sekiranya kamera utama ada masalah.

6. Sony 50mm F1.8
    Lensa kegemaran saya. Biasanya saya guna untuk shoot outdoor

7. Sunpak PF30X
    Sebagai back up flash. Jarang digunakan. 

Dan gambar di bawah pula rak kamera dan peralatan saya di rumah. 


Jadi itu saja yang saya ada setakat ini. Mungkin masa akan datang akan bertambah, Insya-Allah.

Gambar Sekitar LRT

Saya boleh dikatakan pengguna LRT yang tegar.  Saya lebih suka naik LRT berbanding memandu di jalan yang sesak Tapi kalau bukan waktu rush hour, LRT selalunya lebih perlahan dan lebih lambat untuk tiba. Selalunya jika naik LRT, saya membawa bersama kamera kegemaran saya, SONY a200 bersama lensa 50mm F1.8. Jadi untuk menghilangkan kebosanan semasa saya menunggu LRT, saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sekitar LRT.


LRT KELANA JAYA. Sony DSLR a200 with 50mm F1.8 lens 


LRT TAMAN JAYA. Sony DSLR a200 with 50mm F1.8 lens 


LRT JELATEK. Sony DSLR a200 with 50mm F1.8 lens


Tuesday, 25 November 2014

Kamera Idaman - Fujifilm X-T1


Satu lagi kamera idaman saya, Fujifilm X-T1. Fujifilm ni sekarang dah teramat popular di kalangan peminat-peminat fotografi. Ada fotografer yang pakai full frame kamera pun dah beralih angin ke sistem Fuji X. Minggu lepas semasa saya berjalan-jalan di sebuah kedai kamera di Low Yatt pun, ada sorang pak cik ni nak trade in Nikon D7000 dia dengan Fuji X-T1. 

Fujifilm X-T1 dilengkapi dengan sensor 16 Megapixel X-Trans CMOS II dan Processor EXR II. Body X-T1 ni weather-sealed, jadi memang sesuai untuk travel dan semua keadaan cuaca seperti salji dan hujan. Kata Fuji, autofocus X-T1 adalah yang terpantas di dunia tapi saya tak tahu betul ke tidak, yang pasti, autofocus dia memnag pantas dan tepat ketika saya mencuba kamera ni di kedai.
Design X-T1 juga menggunakan tema retro, macam kamera filem zaman-zaman dulu, mengembalikan nostalgia kepada peminat otai-otai fotografi.

Imej yang dihasilkan oleh kamera ni memang superb, terutama jika digandingkan dengan lensa Fuji XF 56mm F1.2. Anda boleh tengok contoh-contoh gambar Fuji X-T1 di Flickr dan di website Fujifilm sendiri, http://www.fujifilm.com.my/ . Oh lupa nak bagitahu, kamera ni merupakan sebuah kamera mirroless, bukan DSLR ya.

InsyaAllah, satu masa nanti saya akan dapatkan kamera ni. Jadi sekarang masa untuk menabung. Hihi.

Thursday, 20 November 2014

SanDisk Ultra® USB 3.0 Flash Drive



USB Flash Drive kegemaran saya, SanDisk Ultra® USB 3.0 Flash Drive. USB Flash Drive ni boleh pindahkan data sehingga 100MB/s. Ada 4 pilihan untuk versi ultra, iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB. Dalam pendrive ni ada software SanDisk SecureAccess™ yang mana kita boleh set up password protected folder dalam pendrive kita, Saya cuma ada yang 16GB saja, setakat ni cukuplah untuk buat kerja, transfer gambar-gambar untuk hantar printing. Tapi mungkin selepas ni saya nak beli yang kapasiti lebih besar, mungkin 64GB.

Wednesday, 19 November 2014

Sony a200 dengan Lensa Sony 50mm F1.8 SAM


Kamera feveret saya. Selepas 7 tahun bersama, kamera ini masih memberikan saya imej yang berkualiti. Cuma tang low light dia agak kalah, tapi,hey, ini kan kamera entry level. Kena pula kamera ni sudah lama sudah tentu kalah dengan kamera baru yang handle better low light.

Kamera ni saya gandingkan dengan lensa Sony 50mm F1.8 SAM, lensa yang saya selalu bawa ke mana-mana. Lensa ni ada sedikit kelemahan, iaitu selalu hunting masa cari fokus, terutama pada F1.8. Bagaimanapun, bila lensa ini dapat fokus dengan betul, hasilnya memang superb. Siapa yang pakai Sony, saya cadangkan anda beli lensa ini untuk hasil yang lebih baik berbanding kit lens anda.

Jalan-jalan Taman Tasik Titiwangsa





Tasik Titiwangsa dah jadi macam tempat wajib dikunjungi pada hujung minggu. Boleh dikatakan sekiranya saya tidak ada apa-apa kerja atau aktiviti lain, saya dan bersama anak dan isteri akan pergi ke sini. 

Sunday, 9 November 2014

Taman Layang-Layang

Ahad lepas, akhirnya saya berpeluang pergi ke Taman Layang-Layang di Kepong bersama anak dan isteri saya. Dua minggu sebelum ni saya pernah cuba untuk pergi ke sini, tapi disebabkan ketiadaan parking, saya terpaksa membatalkan hasrat itu dan sebaliknya pergi ke Tasik Titiwangsa. Anda boleh tengok keadaan parking di Taman Layang-Layang di bawah.

\

Jadi kalau anda berhasrat untuk datang ke sini, sila datang awal. Saya datang dalam pukul 4 petang, parking sudah pun penuh dan sesak dengan kereta. 

Taman Layang-Layang ni merupakan taman rekriasi terbesar di Kuala Lumpur. Mengikut sumber dari Google taman ini seluas 90 hektar. Taman ini dilengkapi dengan trek jogging, trek basikal, permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi.


 Layang-layang ada banyak dijual di sini jika anda mahu bermain layang-layang. Saya sendiri tidak beli sebab saya tidak berniat untuk datang bermain layang-layang. Saya cuma mahu berjalan-jalan sambil ambil gambar sahaja. 




Saya ingat mahu duduk di sini lama sikit, tapi dalam pukul 5.30 petang, guruh berbunyi dan langit mulai gelap, jadi saya buat keputusan untuk pulang awal. Taman Layang-Layang ni merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Lain kali jika ada masa, saya pasti akan datang lagi. 


Thursday, 6 November 2014

Dairi : Majlis Fiqah & Viner

Taman Sri Gombak
Ahad
26 October 2014

Selalunya kalau ada wedding job, saya cuma pergi seorang sahaja. Tapi kali ni, saya pergi bersama-sama kawan saya, Is. Is seorang fotografer yang jarang buat wedding job, tapi lebih fokus kepada fotografi kanak-kanak. Kami bertolak dari Tesco Ampang ke destinasi majlis di masjid Al-khairiyah Taman Sri Gombak pada pukul 9 pagi. Sampai di sana, kami disambut oleh bapa pengantin yang sangat mesra.
Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak

Majlis akad nikah bermula agak lewat dari jadual iaitu jam 10:30 pagi. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri. Alhamdulillah majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar.


Selesai majlis akad nikah dalam pukul 11:30, kami berehat seketika sementara menunggu majlis persandingan yang berlangsung selepas solat Zohor. 

Dalam jam 2 petang, majlis persandingan bermula di tempat yang sama. Berikut adalah antara gambar-gambar majlis.



Selesai majlis, kami ingin terus pergi ke tempat outdoor session, tetapi malangnya cuaca tidak mengizinkan kerana hujan turun dengan lebat. Jadi kami membuat keputusan untuk makan dahulu sementara menunggu hujan berhenti. 

Jam 4 petang hujan berhenti, kami terus ke taman tasik yang terletak hanya berhadapan dengan masjid untuk outdoor session.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kerja kami selesai lebih kurang jam 5 petang dan kami terus balik. Selepas ni masa untuk mengedit gambar pula.

Wednesday, 5 November 2014

Kisah saya dan Canon

Saya ada sedikit masalah kalau membeli belah. Contohnya masa saya nak beli DSLR pertama, target asal saya ialah Nikon D40x. Sampai kedai beli Sony a200. Kenapa target Nikon D40x? Sebab masa tu (tahun 2008) Nikon sangat popular dan D40x lebih murah berbanding kamera lain. lagi satu sebab semasa saya masih student, saya pernah beli kamera point & shoot Nikon yang berharga hampir 1k pada masa tu dan sangat berpuas hati dengar kualiti imej Nikon (Sekitar tahun 2005 siapa-siapa yang pegang kamera point & shoot Nikon sangat 'rare' sebab ramai yang pakai Canon). Lecturer photography saya pun suggest beli Nikon masa tu.

Sekitar tahun 2009, saya start mengumpul majalah-majalah National Geographic. Dalam majalah National Geographic, ada iklan seperti dibawah.


Honestly walaupun iklan ni sangat simple, tapi sangat menarik perhatian saya. Masa ni saya dah start study pasal Canon, tapi saya tidak ada sebab yang kukuh unuk jump ship dari Sony ke Canon, sebab Sony pun sebuah kamera yang bagus. 

Tahun 2011, saya menonton satu filem Melayu di youtube (yes, youtube sebab nak cari DVD filem ni sangatlah susah), iaitu The Red Kebaya lakonan Vanida Imran, Ramli Hassan(He's my favorite actor), dan mat salih bernama Bob Mercer. 



Dalam filem ni, Ramli Hassan membawa watak seorang photographer dan dia menggunakan kamera Canon (tapi saya tak pasti model yang mana). Saya jatuh cinta dengan filem ni dan saya tengok Ramli Hassan nampak sangat cool masa pegang kamera tersebut, hihi. 

Tahun 2012 dan 2013 saya jarang pegang kamera (Busy dengan kerja. kawin, blabla).... Tambahan pula saya tak ada geng nak shoot gambar.

2014, saya mula aktif balik dalam photography, dan saya mula terfikir untuk upgrade Sony a200 yang sudah lama saya gunakan. Memandangkan saya sudah ada dua lens mount Sony iaitu Tamron 18-200mm, dan Sony 50mm, saya terus target untuk membeli Sony DSLT a77. 


Saya pun start survey Sony a77, sekali saya dapat tahu Sony a77 sudah discontinued dan diganti dengan Sony a77 mark II. Dan harganya, RM3999 body sahaja. Sedang-sedang survey, saya terfikir sesuatu. Yes Sony memang kamera yang bagus. Cuma, saya terfikir masalah yang bakal saya hadapi bila menggunakan Sony. Contohnya, Sony punya accessories seperti flash, battery, battery grip sangat sukar didapati dan harganya agak mahal. Kalau di Kuala Lumpur, tak susah mana nak cari, tapi kalau di tempat lain, sangat sukar. Pernah terjadi dulu masa flash saya rosak, kawan saya minta shoot gambar wedding dia di Kelantan. Saya cari merata tempat di Kota Bharu untuk beli flash Sony tapi tak jumpa. Last-last saya beli pop up flash diffuser(gambar dibawah) dan guna pop up flash yang ada pada kamera sahaja.
Diffuser ni adalah diffuser untuk Canon, tak boleh masuk dengan Sony. Jadi, saya terpaksa guna double tape untuk lekatkan diffuser ni pada camera. 

Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan Sony, saya membuat keputusan untuk membeli Canon. Dan target saya Canon EOS60D sebab sangat murah. Harga body dalam RM1800 sahaja.
Bajet yang lain bolehlah saya guna untuk beli lens, flash dan sebagainya. 


Canon memang tak dapat dinafikan sebuah kamera yang bagus. Accessory untuk Canon juga semua tempat ada. 3 bulan lepas semasa saya pergi ke Melaka, kedai yang kecil-kecil juga ada jual flash dan accessories canon yang lain. 

Jadi saya membuat keputusan untuk membeli Canon EOS 60D. Bila saya pergi ke kedai, tuan kedai itu offer saya tawaran harga yang menarik untuk Canon EOS 70D, iaitu kamera yang lebih baru dan lebih banyak features berbanding dengan 60D. Akhirnya, setelah berfikir panjang, saya membeli Canon EOS70D dengan lens Sigma 17-50mm, dengan battery grip sekali. Flash pula saya beli di kedai berasingan sebab kedai tu tak jual flash original Canon. Yang ada cuma 3rd party jenama Meike. 3rd party flash bukanlah tidak bagus, ada flash 3rd party yang bagus seperti Nissin, Metz, Sunpak dan sebagainya. Cuma saya lebih suka flash original, dan saya mahu guna untuk jangka masa panjang, eloklah saya membeli yang original. 


Jadi inilah kamera yang saya gunakan sekarang. Setakat ini saya berpuas hati dengan kamera ini. Cuma selepas ini saya perlu beli prime lens untuk tambah koleksi. Sony a200 pula saya masih gunakan sebagai back up dan untuk berjalan-jalan, Sekian.

Monday, 3 November 2014

Kamera Idaman - Canon EOS 6D

Satu lagi kamera idaman saya, Canon EOS 6D. Walaupun kamera ni sudah outdated (sebab EOS 6D mark II sudah nak keluar), tapi kamera ni masih jadi idaman penggemar-penggemar fotografi.

Bila 6D mark II keluar nanti, harga 6D di pasaran akan drop. Masa tu boleh la pegi ushar hahah.

Key Spec Canon EOS 6D :

• 20.2MP CMOS full-frame sensor
• ISO 100-25,600 (boleh expand sampai 50-102,400)
• 1080p Full HD movie recording at 30fps
• 4.5fps continuous shooting( Ini saja kelemahan 6D, tapi saya bukan shoot sport pun)
• Built-in Wi-Fi connectivity and GPS 

Apa yang penting, kamera ni Full Frame, dan antara yang paling affordable. Walaupun Sony juga keluarkan kamera full frame yang juga affordable iaitu Sony a7r, tapi Sony a7r bodynya sangat kecil. Saya lebih prefer kamera yang besar sebab jari saya agak besar.

Apa pun, kita tunggu je lah harga kamera ni drop nanti. Kalau ada bajet, boleh sambar sebijik. Hihi. Adios.

Jalan-Jalan Tasik Titiwangsa Bersama Anak dan Isteri