Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 1
Setelah penat turun naik di Japanese Village, kami terus ke Colmar Tropicale Resort yang terletak cuma 5 minit memandu dari Japanese Village. Sampai di sana, pak guard di situ akan tanya sama ada kita mahu menginap atau cuma jalan-jalan kerana tempat parkingnya berbeza.
Cuaca sudah sedikit panas ketika ini. Nasib baik angin sejuk kawasan bukit membantu menghilangkan sedikit rasa panas. Turun dari tempat parking memang rasa teruja melihat kecantikan bangunan hotel di hadapan kami. Ciri reka bentuk hotel ini diinspirasikan dari Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16. Dengan kehadiran pelbagai pelancong dari seluruh dunia, memang tak terasa seperti duduk di Malaysia ketika ini.
Bergambar di pintu masuk
Waktu ini sudah jam 12 tengahari dan orang sudah mula sesak. Fotografer juga ramai yang datang untuk mengambil foto di sini. Tips dari saya, jika anda mahu datang ke sini, sila datang pagi-pagi, kalau boleh pukul 8 atau 9 sudah ada di sini supaya anda rasa lebih selesa untuk mengambil gambar.
Suasana di dalam kawasan hotel
Di kawasan hotel ini juga terdapat restoren, kedai cenderamata dan macam-macam lagi. Cuma harganya saya tidak pasti mahal atau murah kerana saya tidak berniat untuk makan di sini, Tapi akan datang, saya pasti akan mencuba makanan di sini.
Restoren/Dining Hall
Di penghujung hotel terdapat satu menara untuk anda tengok pemandangan hotel dari atas. Tetapi anda perlu bergilir dengan pelancong lain untuk mengambil gambar di sini.
Pemandangan dari menara
Setelah puas pusing-pusing, kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Jujur saya katakan, walaupun saya datang ke sini secara mengejut tanpa dirancang, ini adalah trip terbaik saya pada tahun ini. Anda harus datang sendiri untuk melihat keunikan dan kecantikan Colmar Tropicale. Saya sendiri sudah tidak sabar untuk kembali ke sini, apatah lagi jaraknya sangat dekat dengan Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment