Untuk masuk ke sana, anda harus membayar tiket masuk sebanyak RM12 seorang dan percuma untuk kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, Jika anda mahu datang, saya nasihatkan datang awal pagi kerana suasana masih tidak sesak dengan orang ramai, Nak parking pun senang. Asalnya kami cuma mahu pergi ke Colmar Tropicale sahaja tetapi memandangkan saya terlepas jalan, kami terus ke Japanese Village yang terletak lebih tinggi. Bila sampai di tempat parking, saya agak menyesal kerana datang tak prepare kerana dari tempat parking anda harus naik tangga yang agak tinggi dengan cuaca yang agak sejuk.
Bergambar sebelum naik tangga
Setelah sampai di atas, dan dari sini anda harus mendaki jalan sedikit
sebelum sampai ke Japanese Village
Perjalanan ini sangat meletihkan kerana sehari sebelum itu kami ada wedding assigment di Temerloh. Tapi walaupun kepenatan, saya teruja dan gembira melihat suasana bukit yang menghijau sepanjang jalan.
Papan tanda Rumah Teh Jepun
Bergambar di hadapan Japanese Gift Shop. Di dalam kedai ini anda boleh
membeli souvenir seperti keychain dan sebagainya.
Dan saya juga mahu bergambar di sini hehe
Isteri saya sedang memakaikan kasut untuk anak kami, 'Aisy Amzar
Pintu masuk Botanical Garden
Setentang dengan Japanese Gift Shop, anda bolehlah mengujungi Botanical Garden, sebuah taman yang sangat cantik, tetapi saya cuma pergi separuh jalan kerana sudah kepenatan. Di dalam taman ini juga terdapat Restoren Ryo Zan Tei, sebuah restoren berkonsepkan Jepun.
Restoren Ryo Zan Tei
Sampai di sini, kami sudah betul-betul penat dan tak sanggup lagi mahu turun naik tangga. Jadi kami membuat keputusan untuk ke Colmar Tropicale pula dengan harapan di situ tidak perlu mendaki bukit atau tangga.
Bergambar dalam perjalanan turun.
No comments:
Post a Comment