"Nikon ke Canon lagi bagus ekk??"
Seringkali kita mendengar soalan sperti ini. Kemudian jawapan yang diterima,
“ Nikon color tak lawa, pakai Canon gerenti cun” - Kata pengguna Canon.
“ Canon? Tak bagus sebab Canon buat kalkulator. Nikon dari dulu buat kamera gerenti cun bro” - Kata pengguna Nikon.
“ Nikon dan Canon dua-dua tak best. Pakai Sony, teknologi terkini” - Kata pengguna Sony.
“ Nikon, Canon dengan Sony semua tak best. Fujifilm la power. Mirrorless. Kecik. Senang bawak. Gambar cun. Mana ada orang pakai DLSR dah. DSLR dah mati” - Kata pengguna Fujifilm.
Itu belum lagi pengguna Leica, Olympus, Panasonic Lumix dan sebagainya, Tapi semua tak sedar. Masa mereka dok sibuk argue tu, secara tak langsung semua dok cerita kelebihan kamera masing-masing. Canon colour lawa, Nikon punya Dynamic Range terbaik, Sony teknologi canggih, Fuji ringan, kecik dan macam-macam lagi. Perasan tak?
Cuba ambil 3 contoh fotografer pro. Katalah Steve Mercury, Michael Yamashita dan Zack Arias yang pakai kamera berbeza. Steve Mercury pengguna Nikon, Michael Yamashita pakai Canon dan sekarang Sony, Zack Arias sekarang pengguna Fujifilm. Tengok semua gambar mereka hebat-hebat. Tak ada sorang pun cakap gambar mereka lawa sebab mereka pakai Nikon/Canon/Sony, betul tak?
Jadi kesimpulannya di sini, semua brand pun sebenarnya bagus. Mana ada company kamera nak buat kamera tak bagus. Semua berusaha nak buat kamera bagus untuk puaskan hati korang. Harga pun dah semakin competitive. Saya sendiri pakai 3 brand kamera. Sony, Canon dan Nikon (Nikon tu office punya). Dan saya tak berani kata mana yang lebih bagus sebab semuanya bagus. Semua dapat deliver apa yang saya mahu, asalkan kita tahu guna setting kamera tu,
Jadi, kalau nak beli kamera, beli je apa jenama yang kamu suka, Pergi kedai, mintak test. Try pegang, try main-main dengan setting kamera, tengok apa yang selesa dengan tangan kamu. Itu yang lebih penting. Lepas dah beli, baca manual kamera supaya tahu apa kelebihan kamera kamu. Lepas tu masuk mana-mana kelas kamera untuk mantapkan skill.
Bila dah terer, sape-sape yang bash jenama kamera yang kamu pakai, tunjuk hasil gambar kamu kat mereka. Biar mereka insaf sikit. Hehe.
No comments:
Post a Comment