National Geographic. Sejak dari zaman belajar sampai sekarang, saya masih membeli majalah ini. Antara majalah terbaik pernah wujud di dunia bagi saya.
Monday, 29 December 2014
Sunday, 28 December 2014
Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka. Wayang Kulit dari segi rekod bertulis berasal dari China, sejak Dinasti Han - Wikipedia
Tuesday, 23 December 2014
Friday, 19 December 2014
Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 2
Untuk membaca Part 1, anda boleh klik di sini
Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 1
Setelah penat turun naik di Japanese Village, kami terus ke Colmar Tropicale Resort yang terletak cuma 5 minit memandu dari Japanese Village. Sampai di sana, pak guard di situ akan tanya sama ada kita mahu menginap atau cuma jalan-jalan kerana tempat parkingnya berbeza.
Cuaca sudah sedikit panas ketika ini. Nasib baik angin sejuk kawasan bukit membantu menghilangkan sedikit rasa panas. Turun dari tempat parking memang rasa teruja melihat kecantikan bangunan hotel di hadapan kami. Ciri reka bentuk hotel ini diinspirasikan dari Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16. Dengan kehadiran pelbagai pelancong dari seluruh dunia, memang tak terasa seperti duduk di Malaysia ketika ini.
Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 1
Setelah penat turun naik di Japanese Village, kami terus ke Colmar Tropicale Resort yang terletak cuma 5 minit memandu dari Japanese Village. Sampai di sana, pak guard di situ akan tanya sama ada kita mahu menginap atau cuma jalan-jalan kerana tempat parkingnya berbeza.
Cuaca sudah sedikit panas ketika ini. Nasib baik angin sejuk kawasan bukit membantu menghilangkan sedikit rasa panas. Turun dari tempat parking memang rasa teruja melihat kecantikan bangunan hotel di hadapan kami. Ciri reka bentuk hotel ini diinspirasikan dari Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16. Dengan kehadiran pelbagai pelancong dari seluruh dunia, memang tak terasa seperti duduk di Malaysia ketika ini.
Bergambar di pintu masuk
Waktu ini sudah jam 12 tengahari dan orang sudah mula sesak. Fotografer juga ramai yang datang untuk mengambil foto di sini. Tips dari saya, jika anda mahu datang ke sini, sila datang pagi-pagi, kalau boleh pukul 8 atau 9 sudah ada di sini supaya anda rasa lebih selesa untuk mengambil gambar.
Suasana di dalam kawasan hotel
Di kawasan hotel ini juga terdapat restoren, kedai cenderamata dan macam-macam lagi. Cuma harganya saya tidak pasti mahal atau murah kerana saya tidak berniat untuk makan di sini, Tapi akan datang, saya pasti akan mencuba makanan di sini.
Restoren/Dining Hall
Di penghujung hotel terdapat satu menara untuk anda tengok pemandangan hotel dari atas. Tetapi anda perlu bergilir dengan pelancong lain untuk mengambil gambar di sini.
Pemandangan dari menara
Setelah puas pusing-pusing, kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Jujur saya katakan, walaupun saya datang ke sini secara mengejut tanpa dirancang, ini adalah trip terbaik saya pada tahun ini. Anda harus datang sendiri untuk melihat keunikan dan kecantikan Colmar Tropicale. Saya sendiri sudah tidak sabar untuk kembali ke sini, apatah lagi jaraknya sangat dekat dengan Kuala Lumpur.
Thursday, 18 December 2014
Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 1
Bukit Tinggi terletak di Genting Sempah, kira-kira cuma 45 minit dari Kuala Lumpur. Banyak tempat menarik ada di Bukit Tinggi seperti Colmar Tropicale(sebuah resort bertemakan Perancis), Japanese Village, dan pelbagai lagi. Sudah lama saya ingin berkunjung ke sini tapi entah kenapa asyik tak jadi. Ahad lepas barulah saya berpeluang menjejakkan kaki ke sini, itu pun secara tidak dirancang. Saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Temerloh semasa membuat keputusan untuk singgah di sana. Memang tak prepare apa-apa terus pergi bersama anak dan isteri saya dan kali ini, saya membawa Canon 70D bersama.
Untuk masuk ke sana, anda harus membayar tiket masuk sebanyak RM12 seorang dan percuma untuk kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, Jika anda mahu datang, saya nasihatkan datang awal pagi kerana suasana masih tidak sesak dengan orang ramai, Nak parking pun senang. Asalnya kami cuma mahu pergi ke Colmar Tropicale sahaja tetapi memandangkan saya terlepas jalan, kami terus ke Japanese Village yang terletak lebih tinggi. Bila sampai di tempat parking, saya agak menyesal kerana datang tak prepare kerana dari tempat parking anda harus naik tangga yang agak tinggi dengan cuaca yang agak sejuk.
Saya masih tidak puas berada di sini, Masih banyak tempat saya belum kunjungi di Japanese Village seperti Japanese Tea House dan Tatami Spa. Lain masa, saya pasti akan datang lagi.
Untuk masuk ke sana, anda harus membayar tiket masuk sebanyak RM12 seorang dan percuma untuk kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, Jika anda mahu datang, saya nasihatkan datang awal pagi kerana suasana masih tidak sesak dengan orang ramai, Nak parking pun senang. Asalnya kami cuma mahu pergi ke Colmar Tropicale sahaja tetapi memandangkan saya terlepas jalan, kami terus ke Japanese Village yang terletak lebih tinggi. Bila sampai di tempat parking, saya agak menyesal kerana datang tak prepare kerana dari tempat parking anda harus naik tangga yang agak tinggi dengan cuaca yang agak sejuk.
Bergambar sebelum naik tangga
Setelah sampai di atas, dan dari sini anda harus mendaki jalan sedikit
sebelum sampai ke Japanese Village
Perjalanan ini sangat meletihkan kerana sehari sebelum itu kami ada wedding assigment di Temerloh. Tapi walaupun kepenatan, saya teruja dan gembira melihat suasana bukit yang menghijau sepanjang jalan.
Papan tanda Rumah Teh Jepun
Bergambar di hadapan Japanese Gift Shop. Di dalam kedai ini anda boleh
membeli souvenir seperti keychain dan sebagainya.
Dan saya juga mahu bergambar di sini hehe
Isteri saya sedang memakaikan kasut untuk anak kami, 'Aisy Amzar
Pintu masuk Botanical Garden
Setentang dengan Japanese Gift Shop, anda bolehlah mengujungi Botanical Garden, sebuah taman yang sangat cantik, tetapi saya cuma pergi separuh jalan kerana sudah kepenatan. Di dalam taman ini juga terdapat Restoren Ryo Zan Tei, sebuah restoren berkonsepkan Jepun.
Restoren Ryo Zan Tei
Sampai di sini, kami sudah betul-betul penat dan tak sanggup lagi mahu turun naik tangga. Jadi kami membuat keputusan untuk ke Colmar Tropicale pula dengan harapan di situ tidak perlu mendaki bukit atau tangga.
Bergambar dalam perjalanan turun.
Monday, 8 December 2014
YongNuo 50mm f/1.4
Berita gembira buat pengguna Canon. YongNuo, iaitu syarikat dari China yang cukup dikenali sebagai pengeluar 3rd party untuk aksesori kamera bakal mengeluarkan lensa 50mm f1.4. Rekaan lensa ini hampir sama dengan original Canon 50mm f1.4. Harganya juga sudah pastilah lebih murah. YongNuo belum mengumumkan lagi bila lensa ini akan dijual. Sama-sama kita tunggu.
Fujifilm X30
Fujifilm X Series sememangnya sangat popular buat fotografer pada waktu ini. Ramai pengguna DSLR telah beralih ke kompak Fujifilm ialah bukti kamera-kamera Fujifilm bukan saja popular, malahan sangat berkualiti. Kini Fujifilm telah mengeluarkan satu lagi kamera terbaru siri X, iaitu X30, menggantikan X20 yang dikeluarkan pada tahun 2013. Berikut antara spesifikasi Fujifilm X30
• 12 MP
• 2/3-inch X-Trans CMOS II with primary color filter
• EXR processor II
• Hybrid autofocus system
• 2.36M Dot EVF
• 12fps continuous shooting
• Control Ring
• Tilt LCD
• Classic Chrome simulation mode
• Lensa Fujinon 4x optical zoom lens
• Wifi
Nampaknya banyak perubahan drastik yang dibuat oleh Fuji untuk model terbaru ni. Antaranya, viewfinder EVF, Wifi, External Mic input, dan banyak lagi. Kamera ini memang sangat sesuai sebagai back up camera untuk pengguna DSLR atau untuk peminat fotografi yang tidak mahu guna DSLR yang berat tapi mahu imej yang berkualiti. Harganya pun sangat berpatutan dan mampu milik :).
Sunday, 7 December 2014
Print Foto Anda
Masih ingatkah anda benda di atas? Ya benar, itulah negatif filem. Dulu masa kita masih guna kamera filem, lepas ambil gambar, apa yang kita buat? Sudah tentu hantar kedai untuk cuci. Nak cuci pula kena tunggu masa yang lama. Ada yang sampai seminggu pun ada, Tapi masa nak ambil balik gambar yang dah dicuci tu, mesti anda rasa excited nak tengok gambar kan? Dah dapat gambar tu, baru kita masukkan dalam album untuk tatapan dan kenangan sepanjang hayat.
Berbanding dengan foto yang ada dekat laptop atau PC atau handphone anda, gambar yang kita boleh pegang dengan tangan sendiri lebih kuat impaknya pada kita. Perasan tak, gambar yang kita dok simpan dekat handphone tu kadang-kadang kita tak tengok pun. Last-last, handphone rosak, hard disc crash, langsung tak ada dah gambar kenangan yang kita ambil selama ni.
Jadi nasihat saya, sila cuci atau print foto anda. Pada zaman sekarang, macam-macam jenis album sudah wujud. Anda boleh pilih untuk print gambar bersaiz 4R di kedai dan masukkan dalam album macam dulu-dulu, atau anda boleh buat album yang moden sikit iaitu photobook. Photobook ada pelbagai size, anda boleh pilih mahu size macammana, dan anda boleh rujuk di kedai foto tentang size photobook. Apa yang best, photobook ni dia terus print macam buku atau majalah yang anda lihat di kedai-kedai buku. Salah satu keistimewaan photobook ialah kita boleh pilih gambar yang kita ambil sendiri untuk dibuat cover.
Contoh Photobook
Menarik bukan? Jadi, anda tiada alasan lagi untuk tidak print foto-foto anda. Print foto anda, dan anda pasti akan tersenyum bila melihat foto itu kelak, terutama bila tengok bersama family atau rakan-rakan.
Monday, 1 December 2014
Perang Jenama Kamera
"Nikon ke Canon lagi bagus ekk??"
Seringkali kita mendengar soalan sperti ini. Kemudian jawapan yang diterima,
“ Nikon color tak lawa, pakai Canon gerenti cun” - Kata pengguna Canon.
“ Canon? Tak bagus sebab Canon buat kalkulator. Nikon dari dulu buat kamera gerenti cun bro” - Kata pengguna Nikon.
“ Nikon dan Canon dua-dua tak best. Pakai Sony, teknologi terkini” - Kata pengguna Sony.
“ Nikon, Canon dengan Sony semua tak best. Fujifilm la power. Mirrorless. Kecik. Senang bawak. Gambar cun. Mana ada orang pakai DLSR dah. DSLR dah mati” - Kata pengguna Fujifilm.
Itu belum lagi pengguna Leica, Olympus, Panasonic Lumix dan sebagainya, Tapi semua tak sedar. Masa mereka dok sibuk argue tu, secara tak langsung semua dok cerita kelebihan kamera masing-masing. Canon colour lawa, Nikon punya Dynamic Range terbaik, Sony teknologi canggih, Fuji ringan, kecik dan macam-macam lagi. Perasan tak?
Cuba ambil 3 contoh fotografer pro. Katalah Steve Mercury, Michael Yamashita dan Zack Arias yang pakai kamera berbeza. Steve Mercury pengguna Nikon, Michael Yamashita pakai Canon dan sekarang Sony, Zack Arias sekarang pengguna Fujifilm. Tengok semua gambar mereka hebat-hebat. Tak ada sorang pun cakap gambar mereka lawa sebab mereka pakai Nikon/Canon/Sony, betul tak?
Jadi kesimpulannya di sini, semua brand pun sebenarnya bagus. Mana ada company kamera nak buat kamera tak bagus. Semua berusaha nak buat kamera bagus untuk puaskan hati korang. Harga pun dah semakin competitive. Saya sendiri pakai 3 brand kamera. Sony, Canon dan Nikon (Nikon tu office punya). Dan saya tak berani kata mana yang lebih bagus sebab semuanya bagus. Semua dapat deliver apa yang saya mahu, asalkan kita tahu guna setting kamera tu,
Jadi, kalau nak beli kamera, beli je apa jenama yang kamu suka, Pergi kedai, mintak test. Try pegang, try main-main dengan setting kamera, tengok apa yang selesa dengan tangan kamu. Itu yang lebih penting. Lepas dah beli, baca manual kamera supaya tahu apa kelebihan kamera kamu. Lepas tu masuk mana-mana kelas kamera untuk mantapkan skill.
Bila dah terer, sape-sape yang bash jenama kamera yang kamu pakai, tunjuk hasil gambar kamu kat mereka. Biar mereka insaf sikit. Hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)