National Geographic. Sejak dari zaman belajar sampai sekarang, saya masih membeli majalah ini. Antara majalah terbaik pernah wujud di dunia bagi saya.
Monday, 29 December 2014
Sunday, 28 December 2014
Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka. Wayang Kulit dari segi rekod bertulis berasal dari China, sejak Dinasti Han - Wikipedia
Tuesday, 23 December 2014
Friday, 19 December 2014
Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 2
Untuk membaca Part 1, anda boleh klik di sini
Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 1
Setelah penat turun naik di Japanese Village, kami terus ke Colmar Tropicale Resort yang terletak cuma 5 minit memandu dari Japanese Village. Sampai di sana, pak guard di situ akan tanya sama ada kita mahu menginap atau cuma jalan-jalan kerana tempat parkingnya berbeza.
Cuaca sudah sedikit panas ketika ini. Nasib baik angin sejuk kawasan bukit membantu menghilangkan sedikit rasa panas. Turun dari tempat parking memang rasa teruja melihat kecantikan bangunan hotel di hadapan kami. Ciri reka bentuk hotel ini diinspirasikan dari Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16. Dengan kehadiran pelbagai pelancong dari seluruh dunia, memang tak terasa seperti duduk di Malaysia ketika ini.

Bergambar di pintu masuk
Waktu ini sudah jam 12 tengahari dan orang sudah mula sesak. Fotografer juga ramai yang datang untuk mengambil foto di sini. Tips dari saya, jika anda mahu datang ke sini, sila datang pagi-pagi, kalau boleh pukul 8 atau 9 sudah ada di sini supaya anda rasa lebih selesa untuk mengambil gambar.
Suasana di dalam kawasan hotel
Di kawasan hotel ini juga terdapat restoren, kedai cenderamata dan macam-macam lagi. Cuma harganya saya tidak pasti mahal atau murah kerana saya tidak berniat untuk makan di sini, Tapi akan datang, saya pasti akan mencuba makanan di sini.
Restoren/Dining Hall
Di penghujung hotel terdapat satu menara untuk anda tengok pemandangan hotel dari atas. Tetapi anda perlu bergilir dengan pelancong lain untuk mengambil gambar di sini.
Pemandangan dari menara
Setelah puas pusing-pusing, kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Jujur saya katakan, walaupun saya datang ke sini secara mengejut tanpa dirancang, ini adalah trip terbaik saya pada tahun ini. Anda harus datang sendiri untuk melihat keunikan dan kecantikan Colmar Tropicale. Saya sendiri sudah tidak sabar untuk kembali ke sini, apatah lagi jaraknya sangat dekat dengan Kuala Lumpur.
Thursday, 18 December 2014
Pengalaman ke Bukit Tinggi Part 1
Bukit Tinggi terletak di Genting Sempah, kira-kira cuma 45 minit dari Kuala Lumpur. Banyak tempat menarik ada di Bukit Tinggi seperti Colmar Tropicale(sebuah resort bertemakan Perancis), Japanese Village, dan pelbagai lagi. Sudah lama saya ingin berkunjung ke sini tapi entah kenapa asyik tak jadi. Ahad lepas barulah saya berpeluang menjejakkan kaki ke sini, itu pun secara tidak dirancang. Saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Temerloh semasa membuat keputusan untuk singgah di sana. Memang tak prepare apa-apa terus pergi bersama anak dan isteri saya dan kali ini, saya membawa Canon 70D bersama.
Untuk masuk ke sana, anda harus membayar tiket masuk sebanyak RM12 seorang dan percuma untuk kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, Jika anda mahu datang, saya nasihatkan datang awal pagi kerana suasana masih tidak sesak dengan orang ramai, Nak parking pun senang. Asalnya kami cuma mahu pergi ke Colmar Tropicale sahaja tetapi memandangkan saya terlepas jalan, kami terus ke Japanese Village yang terletak lebih tinggi. Bila sampai di tempat parking, saya agak menyesal kerana datang tak prepare kerana dari tempat parking anda harus naik tangga yang agak tinggi dengan cuaca yang agak sejuk.
Saya masih tidak puas berada di sini, Masih banyak tempat saya belum kunjungi di Japanese Village seperti Japanese Tea House dan Tatami Spa. Lain masa, saya pasti akan datang lagi.
Untuk masuk ke sana, anda harus membayar tiket masuk sebanyak RM12 seorang dan percuma untuk kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, Jika anda mahu datang, saya nasihatkan datang awal pagi kerana suasana masih tidak sesak dengan orang ramai, Nak parking pun senang. Asalnya kami cuma mahu pergi ke Colmar Tropicale sahaja tetapi memandangkan saya terlepas jalan, kami terus ke Japanese Village yang terletak lebih tinggi. Bila sampai di tempat parking, saya agak menyesal kerana datang tak prepare kerana dari tempat parking anda harus naik tangga yang agak tinggi dengan cuaca yang agak sejuk.
Bergambar sebelum naik tangga
Setelah sampai di atas, dan dari sini anda harus mendaki jalan sedikit
sebelum sampai ke Japanese Village
Perjalanan ini sangat meletihkan kerana sehari sebelum itu kami ada wedding assigment di Temerloh. Tapi walaupun kepenatan, saya teruja dan gembira melihat suasana bukit yang menghijau sepanjang jalan.
Papan tanda Rumah Teh Jepun
Bergambar di hadapan Japanese Gift Shop. Di dalam kedai ini anda boleh
membeli souvenir seperti keychain dan sebagainya.
Dan saya juga mahu bergambar di sini hehe
Isteri saya sedang memakaikan kasut untuk anak kami, 'Aisy Amzar
Pintu masuk Botanical Garden
Setentang dengan Japanese Gift Shop, anda bolehlah mengujungi Botanical Garden, sebuah taman yang sangat cantik, tetapi saya cuma pergi separuh jalan kerana sudah kepenatan. Di dalam taman ini juga terdapat Restoren Ryo Zan Tei, sebuah restoren berkonsepkan Jepun.
Restoren Ryo Zan Tei
Sampai di sini, kami sudah betul-betul penat dan tak sanggup lagi mahu turun naik tangga. Jadi kami membuat keputusan untuk ke Colmar Tropicale pula dengan harapan di situ tidak perlu mendaki bukit atau tangga.
Bergambar dalam perjalanan turun.
Monday, 8 December 2014
YongNuo 50mm f/1.4
Berita gembira buat pengguna Canon. YongNuo, iaitu syarikat dari China yang cukup dikenali sebagai pengeluar 3rd party untuk aksesori kamera bakal mengeluarkan lensa 50mm f1.4. Rekaan lensa ini hampir sama dengan original Canon 50mm f1.4. Harganya juga sudah pastilah lebih murah. YongNuo belum mengumumkan lagi bila lensa ini akan dijual. Sama-sama kita tunggu.
Fujifilm X30
Fujifilm X Series sememangnya sangat popular buat fotografer pada waktu ini. Ramai pengguna DSLR telah beralih ke kompak Fujifilm ialah bukti kamera-kamera Fujifilm bukan saja popular, malahan sangat berkualiti. Kini Fujifilm telah mengeluarkan satu lagi kamera terbaru siri X, iaitu X30, menggantikan X20 yang dikeluarkan pada tahun 2013. Berikut antara spesifikasi Fujifilm X30
• 12 MP
• 2/3-inch X-Trans CMOS II with primary color filter
• EXR processor II
• Hybrid autofocus system
• 2.36M Dot EVF
• 12fps continuous shooting
• Control Ring
• Tilt LCD
• Classic Chrome simulation mode
• Lensa Fujinon 4x optical zoom lens
• Wifi
Nampaknya banyak perubahan drastik yang dibuat oleh Fuji untuk model terbaru ni. Antaranya, viewfinder EVF, Wifi, External Mic input, dan banyak lagi. Kamera ini memang sangat sesuai sebagai back up camera untuk pengguna DSLR atau untuk peminat fotografi yang tidak mahu guna DSLR yang berat tapi mahu imej yang berkualiti. Harganya pun sangat berpatutan dan mampu milik :).
Subscribe to:
Posts (Atom)