Friday, 28 November 2014
Thursday, 27 November 2014
Fuji X-M1
Baru-baru ini saya berkunjung ke kedai J ONE Camera di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk "Test Drive" kamera Fujifilm. Saya pergi ke sana selepas saya melihat iklan ini di Facebook Page Fujifilm Malaysia.
Mungkin kerana sudah lewat petang, saya cuma sempat mencuba kamera Fuji X-M1. Fuji X-M1 ini sudah lama dilancarkan di Malaysia, kalau tidak silap saya pada tahun 2013 lagi. Kata brader kat atas tu (saya lupa nama beliau) Fuji X-M1 menggunakan sensor yang sama dengan Fuji X-T1, iaitu 16MP X-Trans CMOS. Jadi kualiti imej yang dihasilkan sudah tentu terbaik memandangkan sensor ini mendapat pujian dari peminat-peminat fotografi.
Berikut adalah antara spec Fuji X-M1.
• 16MP X-Trans CMOS
• EXR Proccessor II
• ISO 200-6400, dan boleh expand sehingga 25600.
• 5.6fps continuous shooting
• 1920x1080P Full HD Movie Recording
• Focus Peaking
• 3.2inch tilt screen LCD
Fuji X-M1 didatangkan dengan 3 warna iaitu coklat, hitam dan perak.
Design body X-M1 ini masih mengekalkan ciri retro, dan grip kamera ini sangat selesa pada tangan saya. Butang dan dials yang ada pada kamera ini juga sangat selesa. Dan yang penting kamera ini sangatlah ringan, sesuai dibawa ke mana-mana berbanding DSLR yang super berat.
Cuma satu saja kelemahan kamera ini iaitu tiada viewfinder. Maknanya anda harus bergantung sepenuhnya pada LCD skrin sama seperti kamera digital point & shoot. Tetapi untuk beginner yang baru nak berjinak dengan fotografi, ianya lebih menyenangkan kerana mereka sudah biasa guna kamera point & shoot atau kamera telefon pintar.
Siapa yang mahu cuba "test drive" kamera Fuji X-M1 ini bolehlah berkunjung ke outlet yang ditunjukkan pada iklan di atas. Selamat mencuba.
Wednesday, 26 November 2014
Kamera Saya
Gambar di atas merupakan apa kamera dan peralatan yang saya guna setakat ni. Biasanya bila ada assignment untuk fotografi ini yang saya bawa dalam beg kamera saya. Maaf gambar agak pecah kerana saya ambil menggunakan kamera handphone.
1. Canon EOS70D
Kamera utama saya terutama untuk job-job berbayar.
2. Lensa Sigma 17-50mm
Lensa ini merupakan lensa zoom yang terbaik pernah saya guna. Sesuai untuk semua keadaan.
3. Canon Speedlite 430EX II
Biasanya untuk job berbayar saya pasti akan bawa flash ni. Sangat berguna ketika low light.
4. Meike Battery Grip untuk Canon 70D
Untuk grip yang lebih selesa dan juga untuk bateri tambahan.
5. Sony a200
Sebagai back-up kamera sekiranya kamera utama ada masalah.
6. Sony 50mm F1.8
Lensa kegemaran saya. Biasanya saya guna untuk shoot outdoor
7. Sunpak PF30X
Sebagai back up flash. Jarang digunakan.
Dan gambar di bawah pula rak kamera dan peralatan saya di rumah.
Jadi itu saja yang saya ada setakat ini. Mungkin masa akan datang akan bertambah, Insya-Allah.
Gambar Sekitar LRT
Saya boleh dikatakan pengguna LRT yang tegar. Saya lebih suka naik LRT berbanding memandu di jalan yang sesak Tapi kalau bukan waktu rush hour, LRT selalunya lebih perlahan dan lebih lambat untuk tiba. Selalunya jika naik LRT, saya membawa bersama kamera kegemaran saya, SONY a200 bersama lensa 50mm F1.8. Jadi untuk menghilangkan kebosanan semasa saya menunggu LRT, saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sekitar LRT.
Tuesday, 25 November 2014
Kamera Idaman - Fujifilm X-T1
Satu lagi kamera idaman saya, Fujifilm X-T1. Fujifilm ni sekarang dah teramat popular di kalangan peminat-peminat fotografi. Ada fotografer yang pakai full frame kamera pun dah beralih angin ke sistem Fuji X. Minggu lepas semasa saya berjalan-jalan di sebuah kedai kamera di Low Yatt pun, ada sorang pak cik ni nak trade in Nikon D7000 dia dengan Fuji X-T1.
Fujifilm X-T1 dilengkapi dengan sensor 16 Megapixel X-Trans CMOS II dan Processor EXR II. Body X-T1 ni weather-sealed, jadi memang sesuai untuk travel dan semua keadaan cuaca seperti salji dan hujan. Kata Fuji, autofocus X-T1 adalah yang terpantas di dunia tapi saya tak tahu betul ke tidak, yang pasti, autofocus dia memnag pantas dan tepat ketika saya mencuba kamera ni di kedai.
Design X-T1 juga menggunakan tema retro, macam kamera filem zaman-zaman dulu, mengembalikan nostalgia kepada peminat otai-otai fotografi.
Imej yang dihasilkan oleh kamera ni memang superb, terutama jika digandingkan dengan lensa Fuji XF 56mm F1.2. Anda boleh tengok contoh-contoh gambar Fuji X-T1 di Flickr dan di website Fujifilm sendiri, http://www.fujifilm.com.my/ . Oh lupa nak bagitahu, kamera ni merupakan sebuah kamera mirroless, bukan DSLR ya.
InsyaAllah, satu masa nanti saya akan dapatkan kamera ni. Jadi sekarang masa untuk menabung. Hihi.
Thursday, 20 November 2014
SanDisk Ultra® USB 3.0 Flash Drive
USB Flash Drive kegemaran saya, SanDisk Ultra® USB 3.0 Flash Drive. USB Flash Drive ni boleh pindahkan data sehingga 100MB/s. Ada 4 pilihan untuk versi ultra, iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB. Dalam pendrive ni ada software SanDisk SecureAccess™ yang mana kita boleh set up password protected folder dalam pendrive kita, Saya cuma ada yang 16GB saja, setakat ni cukuplah untuk buat kerja, transfer gambar-gambar untuk hantar printing. Tapi mungkin selepas ni saya nak beli yang kapasiti lebih besar, mungkin 64GB.
Subscribe to:
Posts (Atom)









