Monday, 26 January 2015

Hari Pertama Bersama Canon EOS60D


Semalam saya ke Central Market Kuala Lumpur untuk mencuba kamera Canon EOS60D. Saya ke sana sudah waktu lewat petang dalam jam 630PM. Foto di atas adalah foto pertama yang saya ambil, diikuti dengan foto-foto di bawah.







Semua foto diambil menggunakan kamera Canon EOS60D bersama lensa Sigma 17-50 F2.8, dan diproses dengan menggunakan Adobe Lightroom + Photoshop CS2. Dari segi ISO performance, pada ISO800 noise hampir tidak kelihatan. Noise mula kelihatan pada ISO900 ke atas dan pada ISO1600 noise sudah nampak agak ketara, tetapi kualiti imej masih bagus dan masih boleh digunakan. Kualiti imej 60D berbanding 70D setakat ini adalah sama, cuma pada ISO1600 70D lebih baik sedikit, jadi seboleh-bolehnya jika anda menggunakan kamera ini, cuba jangan push ISO anda lebih dari ISO800. Jika perlu, gunakan flash.

Saya berpuas hati dengan kamera ini. Grip dan button layout juga sangat selesa, autofocus juga tepat dan laju. Yang paling penting kualiti imej yang bagus, dan harganya murah. Jika anda tidak memerlukan video autofocus dan in camera HDR, maka kamera ini lebih berbaloi berbanding 70D. 

No comments:

Post a Comment