Ini adalah post terakhir untuk siri Hari Bersama Canon EOS60D. Semua foto diedit dengan Photoshop CS2 & Nik Software, FUJICHROME VELVIA 100 effect. Terima kasih.
Friday, 30 January 2015
Thursday, 29 January 2015
Wednesday, 28 January 2015
Hari Ketiga Bersama Canon EOS60D
Bazar Masjid Jamek. Salah satu tempat wajib dikunjungi jika ke Kuala Lumpur. Terdapat banyak barangan dijual di sini seperti pakaian, jam tangan, beg, kasut, dan juga barangan antik. Jika mahu datang ke sini anda boleh menaiki LRT dan turun di stesen Masjid Jamek. Bazar ini cuma bersebelahan dengan stesen LRT.
Saya cuma sempat mengambil beberapa keping foto sahaja kerana hujan. Lain masa saya pasti datang lagi.
Tuesday, 27 January 2015
Hari Kedua Bersama Canon EOS60D
Hari kedua bersama Canon 60D, kali ini saya ke KLCC. Malangnya cuaca tidak begitu baik. Mendung dan hujan renyai. Tetapi ini bagus kerana sebagai fotografer, saya harus bersedia dengan semua keadaan. Berikut adalah antara foto yang saya ambil pada kali ini.
Monday, 26 January 2015
Hari Pertama Bersama Canon EOS60D
Semalam saya ke Central Market Kuala Lumpur untuk mencuba kamera Canon EOS60D. Saya ke sana sudah waktu lewat petang dalam jam 630PM. Foto di atas adalah foto pertama yang saya ambil, diikuti dengan foto-foto di bawah.
Semua foto diambil menggunakan kamera Canon EOS60D bersama lensa Sigma 17-50 F2.8, dan diproses dengan menggunakan Adobe Lightroom + Photoshop CS2. Dari segi ISO performance, pada ISO800 noise hampir tidak kelihatan. Noise mula kelihatan pada ISO900 ke atas dan pada ISO1600 noise sudah nampak agak ketara, tetapi kualiti imej masih bagus dan masih boleh digunakan. Kualiti imej 60D berbanding 70D setakat ini adalah sama, cuma pada ISO1600 70D lebih baik sedikit, jadi seboleh-bolehnya jika anda menggunakan kamera ini, cuba jangan push ISO anda lebih dari ISO800. Jika perlu, gunakan flash.
Saya berpuas hati dengan kamera ini. Grip dan button layout juga sangat selesa, autofocus juga tepat dan laju. Yang paling penting kualiti imej yang bagus, dan harganya murah. Jika anda tidak memerlukan video autofocus dan in camera HDR, maka kamera ini lebih berbaloi berbanding 70D.
Sunday, 25 January 2015
Canon EOS60D
Jadi inilah kamera yang menemani saya sekarang, sebelum saya upgrade ke kamera lain pada masa akan datang. Insya-Allah.
Tuesday, 20 January 2015
Filem Tentang Fotografi
Sebagai peminat fotografi, sudah tentu saya juga suka menonton filem-filem tentang fotografi. Berikut adalah antara filem tentang fotografi yang saya suka. (maaf saya tak buat review tentang filem-filem ini.
1. One Hour Photo
1. One Hour Photo
2. The Bang-Bang Club
3. Finding Vivian Maier
4. The Red Kebaya
Jika ada filem lain yang saya tengok nanti saya akan update
Sunday, 18 January 2015
Selamat Tinggal 70D
Sabtu lepas, cermin kereta saya saya dipecahkan. Kamera dan beberapa barang anak saya dicuri semasa saya membeli nasi di pasar AU2 Keramat. Memang tak dijangka sebab saya cuma beli nasi sekejap saja. Penjenayah sekarang sangat pantas, Kita leka sekejap saja mereka akan ambil peluang.
Nasihat saya kepada semua, jangan tinggalkan kamera atau barang berharga dalam kereta, walaupun sekejap, Nampaknya terpaksa beli kamera baru.
Nasihat saya kepada semua, jangan tinggalkan kamera atau barang berharga dalam kereta, walaupun sekejap, Nampaknya terpaksa beli kamera baru.
Tuesday, 13 January 2015
Gambar-Gambar Lama
Banyak foto lama saya sudah tiada gara-gara tidak simpan dengan baik dan tidak print. Tadi semasa saya view facebook, saya terjumpa beberapa keping foto lama yang saya ambil dahulu. File asal foto-foto ini sudah hilang. Tinggal yang ini saja untuk kenangan.
Thursday, 8 January 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)