Monday, 3 November 2014

Kamera Idaman - Canon EOS 6D

Satu lagi kamera idaman saya, Canon EOS 6D. Walaupun kamera ni sudah outdated (sebab EOS 6D mark II sudah nak keluar), tapi kamera ni masih jadi idaman penggemar-penggemar fotografi.

Bila 6D mark II keluar nanti, harga 6D di pasaran akan drop. Masa tu boleh la pegi ushar hahah.

Key Spec Canon EOS 6D :

• 20.2MP CMOS full-frame sensor
• ISO 100-25,600 (boleh expand sampai 50-102,400)
• 1080p Full HD movie recording at 30fps
• 4.5fps continuous shooting( Ini saja kelemahan 6D, tapi saya bukan shoot sport pun)
• Built-in Wi-Fi connectivity and GPS 

Apa yang penting, kamera ni Full Frame, dan antara yang paling affordable. Walaupun Sony juga keluarkan kamera full frame yang juga affordable iaitu Sony a7r, tapi Sony a7r bodynya sangat kecil. Saya lebih prefer kamera yang besar sebab jari saya agak besar.

Apa pun, kita tunggu je lah harga kamera ni drop nanti. Kalau ada bajet, boleh sambar sebijik. Hihi. Adios.

Jalan-Jalan Tasik Titiwangsa Bersama Anak dan Isteri


Tuesday, 28 October 2014

Kamera idaman

Gambar sumber dari cameraegg.org

Setiap fotografer ada kamera idaman masing-masing. Kamera idaman saya - Sony SLT a99.
Ni key spec kamera Sony a99.
  • 24MP full-frame CMOS Sensor with on-chip phase detection AF
  • Magnesium Alloy body
  • Fixed-mirror design SLT
  • 2.4M dot OLED electronic viewfinder
  • 14-bit Raw output
  • ISO 100-25,600
  • Up to 6 frame-per-second continuous shooting with AF
  • ISO-compatible flash hotshoe with 'multi interface' expansion connector
  • Pull-out three-hinge tilt/swivel 1.23m dot RGBW LCD screen
  • Top panel LCD
  • Microphone and headphone sockets
  • Built-in GPS
*Sumber dari Dpreview.

Ada sape-sape nak belanja saya kamera ni tak? Huhu..


  • AF Micro Adjust

Monday, 27 October 2014

Sony a200 - Sebuah Legend


Saya beli kamera ni pada tahun 2008. Kamera ni kamera DSLR pertama saya. Asalnya target saya nak beli Nikon D40x. Sekali sampai kat kedai kena "racun" dengan salesman suruh beli Sony. Masa ni Sony masih baru lagi dalam arena DSLR. Salesman tu terangkan dekat saya teknologi Sony lebih baru dari Nikon D40x yang dah out of date. Setelah berfikir panjang saya pun beli kamera ni.

Saya masih ingat lagi perasaan masa beli kamera ni. Berdebar, excited dan macam-macam perasaan lagi ada. DLSR pertama katakan. Sampai je kat rumah saya tak buang masa terus snap sana sini dengan kamera ni. Tapi masa tu saya masih takut sebab sebelum ni tak pernah dengar pasal DSLR Sony. Balik rumah baru baca review pasal kamera ni hahah. Tapi saya agak gembira sebab kebanyakan review bagi feedback positif. Yang negatifnya cuma tak banyak pilihan lens. Tapi apa de hal, saya bukan pakai banyak lens pun. Sampai sekarang pun saya cuma ada 3 lens, Tamron 18-200mm, Sony 50mm dan Sigma 17-50mm.

Saya sangat berpuas hati dengan kamera ni. Sangat senang untuk dipelajari, body yang agak besar berbanding kamera entry level yang lain,dan  menu button pun tersangat la user friendly.


Ni gambar pertama saya ambil guna kamera ni. Ops silap. Gambar pertama masa test dekat kedai. Saya dah delete gambar tu. Ni gambar pertama diambil selepas balik rumah. Hehe.

Dan ini pula contoh-contoh gambar lain dari kamera ni. 





Sekarang kamera ni cuma digunakan sebagai backup, dan untuk jalan-jalan sebab main kamera yang saya pakai sekarang sangat berat kalau nak bawak jalan-jalan, Itu saja post untuk hari ini. Terima kasih. Jumpa lagi.

Wednesday, 22 October 2014

Tuesday, 14 October 2014

Saya dan Flash

Flash pertama yang saya beli, brand Cybertik MZ45. Beli dekat kedai kamera apa tah dekat JB.
*Gambar sumber dari Google

Walaupun murah dan pernah kena gelak dengan tokey kedai lain masa nak beli diffuser untuk flash ni, saya sangat suka flash ni. Sangat reliable, murah, dan bila pakai flash ni indoor, colour yang dihasilkan sangat lawa. Sayangnya terpaksa jual sebab tengah xde duit masa tu. 


Next flash yang saya beli, jenama Yong Nuo... Saya x pasti model yang mana satu, tapi lebih kurang gambar di bawah, sebab masa beli tu rushing dan saya cuma sempat pakai sekejap saja. Kawan pinjam dan x pulangkan sampai sekarang.
*Gambar sumber dari Google

Mula-mula saya memang terkial-kial pakai flash ni sebab fully manual (Flash Cybertik sebelum ni ada fungsi TTL). Tapi lepas godek-godek for few hours, boleh juga guna. 

Next flash saya beli dan masih guna sehingga sekarang, jenama Sunpak PF30X. Flash ni cuma pakai 2 battery, cuma masalahnya, battery cepat drain dan kena selalu tukar battery.
*Gambar sumber dari Google

Flash yang paling latest saya ada, Canon 430EX II. Flash original Canon memang x perlu dipertikaikan lagi memang sangat best. Tapi kalau ada rezeki, saya nak beli flash yang lebih baik macam Canon 600EX-RT. InsyaAllah.
*Gambar sumber dari Google

Itu semua list flash yang saya pernah pakai, next post, saya akan cerita apa yang ada dalam beg kamera saya. Jumpa lagi.