Tuesday, 14 April 2015

Foto yang Bagus Bagi Saya.


Foto Semasa Bercuti di Bukit Tinggi, Pahang

Apa itu foto yang bagus? Bagi saya, foto yang bagus adalah foto kenangan seseorang. Yang mana bila dia tengok foto itu, dia akan teringat kisah foto tersebut. Setiap orang mempunyai foto kenangan berbeza-beza... Ada foto kahwin, ada foto semasa anak baru lahir, foto semasa melancong, foto semasa di zaman kanak-kanak, foto tempat yang tidak wujud lagi pada zaman sekarang dan sebagainya. Lagi bagus kalau foto itu bila dilihat oleh orang lain akan mengimbau kenangan orang itu juga. 

Bagi saya, tak kisahlah sama ada foto itu blur, composition out, senget, overexposed, atau underexposed. Asalkan foto itu memberi kenangan bermakna bagi diri kita, itulah foto yang bagus. 

Jadi, apakah foto yang bagus bagi anda?

Sunday, 5 April 2015

Nikon D3100


'Aisy Amzar - Nikon D3100 + 18-55mm kit lens

Baru-baru ini saya mencuba kamera Nikon D3100, sebuah kamera entry-level dari Nikon. Model kamera ini sudah lama keluar, kalau tak silap saya pada tahun 2010. D3100 ini dilengkapi dengan sensor APSC 14.2 Megapixel, 3.0” LCD dan 11 AF points.

Kamera ini diberikan oleh adik saya sebab katanya dia tak tahu pakai dan tak minat pakai tapi sayang nak jual. Setelah menggunakan kamera ini beberapa minggu, berikut adalah kesimpulan saya tentang kamera ini.

Kelebihan

Kualiti imej sangat bagus. Walaupun cuma guna kit lens, foto yang dihasilkan sangat bagus dan saya sendiri terkejut dengan hasilnya.

Kamera ini kecil dan ringan, langsung tak terasa terbeban bawak kamera ini ke sana sini,

Kit lens juga juga bagus, ringan dan 'bokeh' yang cantik,

Senang nak access ke live view dan video mode. Juga senang mahu set exposure.

Murah. Used rasanya tak sampai RM1000 pun sekarang.

Kekurangan

Autofokus agak slow, terutama bila pakai live view. Susah nak lock focus.

Handling dan button layout, saya lebih suka Canon dan Sony sebab lebih user-friendly, tapi kalau sudah biasa mungkin tak menjadi masalah.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan kamera ini. Tak ada major complain, dan selepas ini mungkin saya selalu bawa kamera ini ke mana-mana. Sesiapa yang minat jenama Nikon dan ingin belajar guna kamera DSLR, kamera ini sangat bagus untuk permulaan. Enjoy.

Saturday, 4 April 2015

Taman Tasik Permaisuri


Nikon D3100 dengan Nikkor 18-55mm kit lens. Single RAW prossesing guna Adobe Lightroom 4