Thursday, 29 October 2015
Tuesday, 14 April 2015
Foto yang Bagus Bagi Saya.
Foto Semasa Bercuti di Bukit Tinggi, Pahang
Apa itu foto yang bagus? Bagi saya, foto yang bagus adalah foto kenangan seseorang. Yang mana bila dia tengok foto itu, dia akan teringat kisah foto tersebut. Setiap orang mempunyai foto kenangan berbeza-beza... Ada foto kahwin, ada foto semasa anak baru lahir, foto semasa melancong, foto semasa di zaman kanak-kanak, foto tempat yang tidak wujud lagi pada zaman sekarang dan sebagainya. Lagi bagus kalau foto itu bila dilihat oleh orang lain akan mengimbau kenangan orang itu juga.
Bagi saya, tak kisahlah sama ada foto itu blur, composition out, senget, overexposed, atau underexposed. Asalkan foto itu memberi kenangan bermakna bagi diri kita, itulah foto yang bagus.
Jadi, apakah foto yang bagus bagi anda?
Sunday, 5 April 2015
Nikon D3100
'Aisy Amzar - Nikon D3100 + 18-55mm kit lens
Kamera ini diberikan oleh adik saya sebab katanya dia tak tahu pakai dan tak minat pakai tapi sayang nak jual. Setelah menggunakan kamera ini beberapa minggu, berikut adalah kesimpulan saya tentang kamera ini.
Kelebihan
Kualiti imej sangat bagus. Walaupun cuma guna kit lens, foto yang dihasilkan sangat bagus dan saya sendiri terkejut dengan hasilnya.
Kamera ini kecil dan ringan, langsung tak terasa terbeban bawak kamera ini ke sana sini,
Kit lens juga juga bagus, ringan dan 'bokeh' yang cantik,
Senang nak access ke live view dan video mode. Juga senang mahu set exposure.
Murah. Used rasanya tak sampai RM1000 pun sekarang.
Kekurangan
Autofokus agak slow, terutama bila pakai live view. Susah nak lock focus.
Handling dan button layout, saya lebih suka Canon dan Sony sebab lebih user-friendly, tapi kalau sudah biasa mungkin tak menjadi masalah.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan kamera ini. Tak ada major complain, dan selepas ini mungkin saya selalu bawa kamera ini ke mana-mana. Sesiapa yang minat jenama Nikon dan ingin belajar guna kamera DSLR, kamera ini sangat bagus untuk permulaan. Enjoy.
Saturday, 4 April 2015
Sunday, 29 March 2015
Thursday, 26 March 2015
CHECKLIST Lengkap Untuk Memudahkan Perjalanan Majlis Perkahwinan Anda
6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah jurufoto jurufoto ( boleh check kat sini ---> https://www.facebook.com/clixflixphotography) untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
contoh foto : https://www.facebook.com/clixflixphotography/photos
juga boleh wassap 0126426586/0172270031 untuk koleksi foto kawin.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain
TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
TIGA – SATU HARI SEBELUM MAJLIS:
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
• Pakai inai di jari.
• Hubungi jurumekap anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERNIKAHAN:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
Lalui majlis anda dengan penuh gembira!
Sunday, 22 March 2015
Wednesday, 18 March 2015
Fujifilm XA2
• 16.3MP APS-C CMOS Sensor
• EXR Processor II
• 3.0" 920k-Dot 175° Tilting LCD
• Full HD 1080p Video Recording at 30 fps
• Built-In Wi-Fi Connectivity
• Eye AF, Auto Macro AF, Multi-Target AF
• Up to 5.6 fps Shooting and ISO 25600
• Q Menu Button and Super i-Flash
• Film Simulation and Multiple Exposure
Kamera ini juga dilengkapi dengan skrin yang direka khas untuk mereka yang gemarkan selfie.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model ini anda boleh pergi ke website http://www.fujifilm.com/
Friday, 13 March 2015
Sunday, 8 March 2015
Kembali ke Melaka
Setiap tahun saya pasti akan sampai ke Melaka. Melaka adalah antara negeri kegemaran saya jika hendak berjalan-jalan. Dan pastinya Jonker Street adalah tempat yang wajib saya kunjungi. Kebetulan pula saya ada wedding assignment dekat Melaka, saya ambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Jonker Street dan kawasan sekitarnya selepas habis wedding.
Sepanjang berada di Melaka, saya menginap di Hotel Rosmerah, Bukit Beruang. Hotel ini cuma hotel bajet, tapi sangat selesa untuk satu family menginap. Di sebelah hotel itu ada restoren mamak, dan anda dapat voucher untuk sarapan di kedai mamak itu jika menginap di hotel ini.
Sunday, 1 March 2015
Coming Soon
Baru-baru ini saya sangat sibuk sehingga tidak sempat update blog. Nanti saya upload hasil kerja saya bila sudah free sedikit. Terima kasih.
Tuesday, 10 February 2015
Sunday, 8 February 2015
Big Bad Wolf Fire Sale 2015
Pesta buku Big Bad Wolf ialah antara event pesta buku terbesar di Malaysia. Saya sudah lama tahu tentang event ini, tetapi pada Sabtu lepas baru saya berkesempatan untuk mengunjungi event ini. Malang sekali, ketika saya menulis entry ini, event ini telah pun tamat. Tapi tidak mengapa kerana event Big Bad Wolf ini sentiasa ada. Anda cuma perlu layari website mereka
iaitu http://bigbadwolfbooks.com/ untuk mengetahui tarikh pesta buku mereka sererusnya.
Bagi saya, pesta buku ini adalah 'heaven' untuk fotografer. Buku-buku tentang fotografi dijual dengan harga yang cukup murah. Ada buku hardcover National Geographic dijual dengan harga cuma RM3. Ya, RM3. Rasa menyesal pula tidak pergi pesta buku Big Bad Wolf yang sebelum ini. Foto di bawah antara buku fotografi yang saya beli pada hari itu.
Kesemua buku ini berharga cuma antara RM3 ke RM20 sahaja. Murah kan? Jadi kepada peminat fotografi, sila pergi ke event Big Bad Wolf yang seterusnya. Sangat berbaloi kerana biasanya buku fotografi memang sangat mahal. Kepada yang buka peminat fotografi pula, terdapat banyak lagi pilihan buku yang ada. Jadi sila bookmark link yang saya bagi tadi ya. Selamat membeli dan selamat membaca,
Thursday, 5 February 2015
Monday, 2 February 2015
Sunday, 1 February 2015
'Aisy Amzar Latest Portrait
Canon EOS 60D with Sigma 17-50mm, F2.8, 1/50sec. ISO800
Sekarang mahu ambil foto 'Aisy sangat mencabar sebab dia sudah tak pandai duduk diam. Lepas berapa kali shoot baru dapat foto ni.
Friday, 30 January 2015
Hari Kelima Bersama Canon EOS60D
Ini adalah post terakhir untuk siri Hari Bersama Canon EOS60D. Semua foto diedit dengan Photoshop CS2 & Nik Software, FUJICHROME VELVIA 100 effect. Terima kasih.
Thursday, 29 January 2015
Wednesday, 28 January 2015
Hari Ketiga Bersama Canon EOS60D
Bazar Masjid Jamek. Salah satu tempat wajib dikunjungi jika ke Kuala Lumpur. Terdapat banyak barangan dijual di sini seperti pakaian, jam tangan, beg, kasut, dan juga barangan antik. Jika mahu datang ke sini anda boleh menaiki LRT dan turun di stesen Masjid Jamek. Bazar ini cuma bersebelahan dengan stesen LRT.
Saya cuma sempat mengambil beberapa keping foto sahaja kerana hujan. Lain masa saya pasti datang lagi.
Tuesday, 27 January 2015
Hari Kedua Bersama Canon EOS60D
Hari kedua bersama Canon 60D, kali ini saya ke KLCC. Malangnya cuaca tidak begitu baik. Mendung dan hujan renyai. Tetapi ini bagus kerana sebagai fotografer, saya harus bersedia dengan semua keadaan. Berikut adalah antara foto yang saya ambil pada kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)