Saya beli kamera ni pada tahun 2008. Kamera ni kamera DSLR pertama saya. Asalnya target saya nak beli Nikon D40x. Sekali sampai kat kedai kena "racun" dengan salesman suruh beli Sony. Masa ni Sony masih baru lagi dalam arena DSLR. Salesman tu terangkan dekat saya teknologi Sony lebih baru dari Nikon D40x yang dah out of date. Setelah berfikir panjang saya pun beli kamera ni.
Saya masih ingat lagi perasaan masa beli kamera ni. Berdebar, excited dan macam-macam perasaan lagi ada. DLSR pertama katakan. Sampai je kat rumah saya tak buang masa terus snap sana sini dengan kamera ni. Tapi masa tu saya masih takut sebab sebelum ni tak pernah dengar pasal DSLR Sony. Balik rumah baru baca review pasal kamera ni hahah. Tapi saya agak gembira sebab kebanyakan review bagi feedback positif. Yang negatifnya cuma tak banyak pilihan lens. Tapi apa de hal, saya bukan pakai banyak lens pun. Sampai sekarang pun saya cuma ada 3 lens, Tamron 18-200mm, Sony 50mm dan Sigma 17-50mm.
Saya sangat berpuas hati dengan kamera ni. Sangat senang untuk dipelajari, body yang agak besar berbanding kamera entry level yang lain,dan menu button pun tersangat la user friendly.
Ni gambar pertama saya ambil guna kamera ni. Ops silap. Gambar pertama masa test dekat kedai. Saya dah delete gambar tu. Ni gambar pertama diambil selepas balik rumah. Hehe.
Dan ini pula contoh-contoh gambar lain dari kamera ni.
Sekarang kamera ni cuma digunakan sebagai backup, dan untuk jalan-jalan sebab main kamera yang saya pakai sekarang sangat berat kalau nak bawak jalan-jalan, Itu saja post untuk hari ini. Terima kasih. Jumpa lagi.