Sunday, 29 June 2014

Wednesday, 25 June 2014

Tips/Tutorial Selamatkan Gambar Gelap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya mahu kongsi 1 tips/Tutorial editing. Pernahkah anda ambil gambar dalam keadaan low light/kurang cahaya macam ni?


Selalunya apa anda buat? Apa? Delete? Sabar jangan delete dulu. Gambar ini masih boleh diselamatkan dengan cara senang dengan menggunakan photoshop.

1. Buka Photoshop (x kisah apa version, saya cuma guna photoshop CS2 saja). Pergi dekat image>adjustments>level


2. Main-main sliding button (rujuk anak panah merah - tapi yeke nama dia sliding button? Hahaha) 


Buat sampai dapat jadi macam gambar dibawah. Atau anda boleh buat sesedap mata anda memandang.    



3. Jika anda suka efek macam diatas, anda boleh berhenti di situ, atau, jika anda boleh juga jadikan gambar itu black & white seperti gambar dibawah.


Ada lagi beberapa cara itu jadikan gambar ini lebih menarik.. Contohnya jadikan background sahaja black & white tapi subjek berwarna. Itu saya akan ceritakan masa akan datang. Ok itu saja tutorial untuk hari ini. Terima kasih.